Monday 30 April 2012

Selongkar punye selongkar..tetiba Jumpa nie..

Was wrote on Thursday, September 1, 2011 at 8:35pm 



Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila cinta tidak kesampaian aku bermonolog sendiri dimana silapnya. Mereka mengatakan jagalah kecantikan mu tiada yang lebih berkesan mengikat kekasih selain kecantikan luaran. Di depan cermin aku cuba mencari di mana cacat celanya diri ini namun yang aku temui hanya kesempurnaan yang sejak dari mula aku pertahankan demi untuk dia. Mungkinkah kerana kesempurnaan ini aku sering ditinggalkan? Kata orang kita tidak akan mendapat semuanya dalam hidup ini. Akan ada satu perkara yang kita pasti tidak akan berjaya mendapatnya. Dan bagi aku itu adalah CINTA.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…
Hargai insan yang menyayangi kita dan yang terbaik untuk kita memiliki insan yang menyayangi diri kita..

Jangan menjadi seperti aku, sering mengalah sebelum berjuang.. Kerana aku merasa diri ini serba kekurangan berbanding dengan orang lain. Bila keyakinan diri goyah maka kegagalan akan menjadi teman kita yang paling setia. Ayuh berjuanglah dan menangilah cinta mu. Bak kata pujangga… Biar putih tulang jangan putih mata..



                  Post by ,
                 ~ Corina Shima ~



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.